Sunday, June 28, 2009

Bodoh Betul !

:











P/S : Sampai hati orang jepun bodoh ni bunuh bintatang comel ni :(

Worst day of my life

24/11/2010 persamaan hari rabu. -Tarikh ini cukup celaka dan malang bagi aku.


i am crying like a foolish.

Cerita ini 100% kisah benar yang berlaku kat aku.

*Jam yang disertakan adalah anggaran

Pukul 8pagi - Aku bangun tidur, mengharapkan hari yang tuah dan mengembirakan aku, aku bersiap ke kolej, aku mandi, pakai kemas-kemas ke kolej.

Pukul 9pagi- Sebenarnya aku tiada kelas hari ini, aku datang nak pergi account department tanya tentang yuran pengajian aku untuk semester ini, selepas aku selesai, aku pulang ke rumah.

Pukul 10pagi- Sampai je dirumah, aku baring sambil tengok tv, aku fikir apa yang aku nak buat ni, aku usha henpon, tengok gambar wallpaper awek aku, aku pun tetiba rindu kat dia, jadi, aku text, agak lambat dia reply tapi takpe, secara jujur niat aku nak ajak dia dating.

Pukul 11pagi- Borak punya borak kat sms ni, dia kata dia nak memasak jap, aku pun okaylah, bagi dia masa. Aku fikir lepas dia memasak ni, aku nak ajak dating, aku tunggu je die text aku balik.

Pukul 12-1tghhari- Lama aku tunggu text dia, so, aku text dia dulu, aku cakap 'lamenye memasak?' dia pun balas, dia cakap 'dah lame dah habis, sekarang tengah lipat baju'. Selang beberapa minit selepas itu, sorang member aku yang baru lepas repeat spm text aku, dia cakap thanks wish dia semalam, pastu aku dengan main-main ajak dia tengok wayang, dia pun semangat sangat, dia terus serius, dalam pada masa yang sama dia text jugak dengan awek aku, dia ajak awek aku tengok wayang bersama, aku tak kisah pada mulanya ingatkan tengok bertiga rupa-rupanya mamat tu ajak lagi 2orang, yang sorang mamat ni stay kat shah alam, memang perit nak ambil dia, aku dalam hati cakap 'watthefaksial'

Pukul 2petang- Awek aku text cakap mamat ni nak ambil aku, dia bawa kereta, yang aku pelik pahal mamat ni asyik contek awek aku je? asal tak text aku je? dengan awek aku boleh plak dia call, aku down kejap, aku pun call mamat tu cakap aku ada hal, padahal takde pun, aku cakap aku gerak sendiri, aku ada kereta, abang aku punya, abang aku pergi kerja naik motor. Aku pun bersiap, pakai hensem2 sebab konon nak jumpa awek kejap lagi. Aku start kereta, aku panaskan enjin kereta, aku gerak, dalam 20minit sampai ke OU.

Pukul 3petang- Aku dah macam orang bodoh kat sana, jalan ke sana ke mari, asyik jalan tempat yang sama berulang kali, aku tension sangat, aku call dorang, tengok-tengok dorang still kat shah alam, aku tak kisah, aku sabar lagi sejam.

Pukul 4petang- Aku call orang lagi sebab dah bengang sangat menunggu, dorang sepatotnya sudah sampai, shah alam waktu macam ni masih okay lagi, damansarapun okay, tapi bila aku call, dorang baru separoh jalan, aku tension sangat waktu ni, aku macam keparat tunggu lama, aku text awek aku, cakap aku nak balik sebab pukul 5 abang nak pakai kereta, padahal takde pun, aku tipu sebab aku bengang sangat. Aku pun drive sorang, nak lepaskan geram, aku pasang cd lagu waliband, aku pasang kuat-kuat, pastu menjerit-jerit macam bodoh.

Pukul 5petang- Aku call sorang kawan aku ni, ajak makan cendol untuk melegakan aku, aku pun cerita kat dia masalah aku ni kat dia.

Pukul 6petang- Main bola kat kastam, serius aku main tak dapat tumpukan perhatian, macam bangang je aku main.

Pukul 7petang- Balik main bola, mandi makan semua.

Pukul 8malam- Aku paksa diri untuk tidur untuk hilangkan rasa bengang.

Aku sebenarnya tak kisah diorang lambat ke apa tapi aku baru tahu antara pukul 3-4petang diorang lambat sebab pergi makan kat seksyen 2, heyy! asal pukimak sangat? aku tunggu kat OU tu la sial! patot la lambat, perkara ni buat aku panas sangat, aku tak percaya member aku boleh buat macam ni, yang aku pelik awek aku join sekali, asal dia tak backup aku? atleast tegorla diorang cakap pi makan kat sana, makan je kat OU, tahula makanan kat sana murah, tapi aku ni sape sial? kawan korangkan? sial suruh aku tunggu lama-lama, aku takboleh terima semua ni!

P/S: Aku serius susah nak maafkan korang, serius.

Saturday, June 27, 2009

Sekolah oh Sekolah

5Damai 2009

Mula-mula aku masuk kelas ini sumpah aku tak suka sangat, mana taknya, tahun lepas aku kelas 5CEKAP padahal aliran dia sama je, haihh, aku pun tanya la cikgu NG kenapa aku kena turun kelas 5DAMAI, dia cakap perangai aku dengan keputusan exam aku teruk, memang betul pun cakap dia, HAHA, tapi nasib baik bukan aku seorang je yang kena turun kelas, Naim dan Zaid pun kena jugak, nasib baik ada geng, kalau tidak keseorangan la aku, HEHE, diorang kena turun kelas pun sama la macam aku, banyak buat hal tahun lepas, padan muka korang HAHA .
Lepas dalam sebulan macam tu, tiba-tiba seronok pula kelas ni, dah la dapat Guru Kelas cikgu terbaik punya! dah la sporting cun pula tuu, HEHE :p
Murid dalam kelas aku ni sikit je dalam 22 orang je tapi dia punya bising macam 50 orang je, HAHA, budak-budak dalam kelas ni pun boleh tahan la, semua satu kepala, walaupun aku tak suka 2-3 budak tuu, HEHE, papehal kelas ni terbaik la! YEAH! :D

SPM SPM SPM !

Tahun ni aku akan menghadapi peperiksaan yang sangat penting, tapi aku ni jenis MALAS nak belajar, sumpah MALAS sangat sangat, kalau aku buka buku pun, 10minit je lepas tu aku tutup dah, HAHA, BUKU MEMBOSANKAN!, haihh, baru baru ni, result mid year exam aku teruk sangat, apa nak jadi dengan kau ni wahai MEOL! aduhai, aku harap aku dapat bangkit untuk SPM yang sebenar nanti! Aku YAKIN aku BOLEH! cewaahhh, HAHA
Doakan aku yee :D

TERIMA KASIH SEBAB SUDI BACA!

Sunday, June 21, 2009

Perkara-perkara yang aku tak suka

  1. Aku tak suka orang berkata-kata lebih daripada kemampuan diri.
  2. Aku tak suka org yg berperangai barua, talam dua muka.
  3. Aku tak suka orang yang tak jujur dlm persahabatan.
  4. Aku tak suka orang yang menilai dari luaran.
  5. Aku tak suka orang yang cepat mengalah.
  6. Aku tak suka orang yang pentingkan diri sendiri.
  7. Aku tak suka orang yang khianati kawan.
  8. Aku tak suka orang berpura-pura tak tau padahal dah tau.
  9. Aku tak suka orang yang rampas pakwe/makwe member sendiri.
  10. Aku tak suka orang yang suka menunding jari apabila berlaku sesuatu masalah.
  11. Aku tak suka orang yang anggap diri sendiri lebih bagus dari org lain.
  12. Aku tak suka orang yang berhasad dengki dgn rezeki org lain.
  13. Aku tak suka lelaki yang pukul perempuan.
  14. Aku tak suka orang yg memilih ideologi dan etika untuk bersahabat dgn seseorang.
  15. Aku tak suka orang yg mewujudkan jurang pemisah di antara manusia.
  16. Aku tak suka orang yang lupa diri dan asal-usul.
  17. Aku tak suka orang bermulut celupar tetapi takut menghadapi akibat dari keceluparan tersebut.
  18. Aku tak suka orang yang hina pemain muzik.
  19. Aku tak suka orang yg hina dan anti sesuatu genre muzik.
  20. Aku tak suka fakta yg tak betul.
  21. Aku tak suka orang yang hina kekurangan seseorang.
  22. Aku tak suka orang yang buat bahan jenaka nama family seseorang.
  23. Aku tak suka orang yang tak suka membantu insan lain yg memerlukan.
  24. Aku tak suka dituduh benda yg aku tak buat.
  25. Aku tak suka orang yg tak mengaku bersalah apabila mereka bersalah.
  26. Aku tak suka duduk lama disesuatu tempat tanpa membuat apa-apa aktiviti.
  27. Aku tak suka bila dalam keadaan bosan dan hilang kawalan diri.
  28. Aku tak suka perempuan yang tiada maruah.
  29. Aku tak suka melihat perempuan hisap rokok.
  30. Aku tak suka bergaduh sebab-sebab yang bodoh.
  31. Aku tak suka .......................

Ini je la buat setakat ini.Aku akan tambah bila ada idea.Aku tahu ada antara korang yang bersependapat dengan aku dan ada pula yang tak setuju langsung.
Terpulang la pada korang.
Aku hanya tulis blog nih untuk di kongsi bersama.
Terima Kasih sebab sudi baca.

Wednesday, June 17, 2009

Kawan Sejati



Kadang-Kadang aku tercari-cari siapakah kawan sejati aku ?
Adakah engkau wahai kawan ?
Aku ada ramai kawan , tetapi tak semua yang boleh pakai,
Ada yang kutuk dari belakang,
Ada yang kawan makan kawan,
Bila kita senang, Ada sahaja kepala kepala yang muncul,
Bila kita susah, Batang Hidung,Batang konek semua kita tidak nampak.
Dibawah ni aku nyatakan beberapa ciri-ciri kawan sejati.

Di antara ciri-ciri Kawan Sejati

:
  1. Insan yang paling dekat untuk kita luahkan perasaan suka dan duka.
  2. Insan yang memahami diri kita, perasaan & kehendak kita.
  3. Insan yang jujur & ikhlas melakukan sesuatu yang termampu & terbaik pada kita (contoh, membantu kita) tanpa syarat & mengharapkan balasan daripada kita.
  4. Insan yang membela & menutup aib/kesalahan/kesilapan kita pada orang lain tetapi pada masa yang sama menegur & menasihati kita di belakang mereka.
  5. Insan yang menerima diri kita samada baik & buruk tanpa sebarang syarat & alasan.
  6. Insan yang sanggup berkorban masa, tenaga, buah fikiran & wang ringgit demi kebahagiaan kita. Adakalanya sanggup menghadapi bahaya & menggadai nyawanya kerana kita.
  7. Insan yang jujur & sabar dalam menegur, menegah & menasihati kita daripada melakukan perkara2 yang buruk & yang dilarang oleh agama.
  8. Insan yang menjadi sumber inspirasi, peniup semangat & pemberi motivasi apabila kita kecewa, patah semangat & menyerah kalah.
  9. Insan yang dijadikan tempat untuk luahkan segala permasalahan hidup & perasaan kita.
  10. Insan yang boleh menyimpan rahsia kita & boleh dipercayai tanpa membocorkannya pada orang lain.
  11. Insan yang menjadi tempat bergurau senda, berhibur & bergelak ketawa bersama kita.
  12. Insan yang sentiasa menyokong, mengangkat esteem diri & pembakar semangat kita untuk terus berjaya dalam sesuatu aktiviti, bidang atau pekerjaan.
  13. Insan yang sedia mengajarkan ilmu, kemahiran & pengalamannya kepada kita tanpa sebarang syarat.
  14. Insan yang sanggup mempertahankan diri kita daripada dirosakkan oleh orang lain walaupun nyawa, harta benda & maruahnya akan menjadi taruhan.
  15. Insan yang sentiasa mendoakan kejayaan & kebahagiaan kita setiap kali selepas solat.
  16. Insan yang sentiasa mengingati & merindui kita. Sukar atau mustahil dapat melupakan kita sepanjang hidupnya.

P/S : Aku pun bukan seorang kawan yang baik tetapi aku akan cuba membaiki diri aku untuk jadi yang terbaik :)

Tuesday, June 16, 2009

Wakenabeb yang memilukan :(



Al-Kisah 3 orang sehabat yang nakal keluar kelas membeli air pada waktu belajar dijalankan,

akibat tekak terlalu haus mereka keluar kelas tanpa kebenaran guru yang sah(ponteng :p),
mereka pergi ke kantin untuk membeli air 30 sen untuk menghilangkan dahaga di tekak mereka.Sambil meminum air tersebut, mereka berjalan menuju ke tempat meletak motosikal berhampiran dengan dewan sekolah. Sedang leka minum air tersebut, tiba-tiba salah seorang daripada sahabat mereka ternampak serangkai kunci yang tergantung dimotosikal kawannya. Lalu salah seorang daripada sahabatnya mengambil kunci tersebut dan mereka bersepakat untuk melakukan sesuatu yang menyeronokkan.

Selepas itu, mereka membawa motosikal itu ke tempat letak kereta untuk menyembunyikannya dengan tujuan bergurau sahaja bagi menakutkan kawan mereka yang cuai akibat terlupa untuk mengambil kunci motosikalnya. Selesai sahaja menyembunyikannya, mereka bertiga digegarkan dengan satu suara guru displin yang mereka sangat takuti, lalu tanpa memikirkan apa-apa, mereka bertiga terus melarikan diri ke kelas.

Setelah tamat waktu persekolahan,mereka pergi ke tempat letak motosikal untuk melihat reaksi kawannya.Ternyata dia terkejut beruk apabila mendapati motosikalnya tiada di tempat yang di letaknya.Lantas,dia terus mencari motosikalnya akhirnya terjumpa juga.Walaupun motosikalnya berjaya ditemui tetapi dia tidak boleh menghidupkan motosikalnya kerana kunci berada di tangan 3 sahabat itu.Apabila dia menanyai 3 sahabat yang nakal itu mereka berpura-pura tidak tahu mengenainya(kononnye laa ;p)

Akibat terlalu runsing memikirkan hal tersebut, kawannya bertindak melepaskan geramnya dengan menyepak motosikalnya hingga jatuh ke tanah(kesian motor itu, hehe).Sebelum dia menendang motosikal itu, mereka berniat untuk memulangkan kuncinya semula,tetapi mereka TERKEJUT melihat tindakan kawannya itu.Mereka berfikir 1001 kali untuk memulangkannya kerana takut disepak seperti motosikal itu.Mereka tidak menduga yang perkara tersebut akan terjadi.

Setelah beberapa minit berlalu,kawannya berpura-pura kononnya ingin mencari kunci tersebut di dalam kelas, pada masa yang sama, mereka bertiga berbincang ingin membuat kejutan dengan meletakkan kunci tersebut di dalam penghidup motorsikalnya. Malangnya, daripada perbualan mereka bertiga, kawannya itu akhirnya mengetahui perkara tersebut hasil kebijaksanaannya mengintip dan mendengar perbualan mereka bertiga. Selepas itu, kawannya itu berkata "haaa! mcm aku tak nampak!" , kemudian tiga sahabat itu terkejut dan ketawa kerana kejutan mereka tidak berjaya. Apabila kawannya itu menuju ke arah mereka bertiga, kawannya itu membuat mimik muka yang sangat menakutkan sehingga menyebabkan mereka gementar.(pada mulanya ingatkan die tidak marah, sekali die mengamok daa).

Kawannya itu memarahi dan mengatakan bahawa siapakah yang mendajali dirinya dan mereka megakui kesalahan mereka.Setelah mereka mengakui kesalahannya,kawannya terus menghidupkan motosikalnya dan berlalu pergi begitu sahaja tanpa sempat mereka untuk meminta maaf. Mereka bertiga berasa amat bersalah kerana perbuatannya itu. Mereka bercadang untuk meminta maaf pada keesokkan harinya .

-TAMAT-

*BERGURAU BERTUKAR MENJADI KEMARAHAN :(
*CERITA INI 98% ADALAH KISAH BENAR
*CERITA INI DITAIP OLEH MN, WMZ & AF
*CERITA INI MENGAMBIL MASA SELAMA 2JAM SETENGAH