Thursday, October 29, 2009

Teman Baru

"ehh kau bela cencurut ye?"
"Cencurut? ini hamster laa -.-"


Baru nak masuk 2 minggu aku bela binatang ni, ramai kawan-kawan aku terkejut dengar aku bela(bela hamster pun korang nak terkejut mcm la aku bela ular HAHA!), aku bela dengan sendirinye, makan, minum & cuci sangkar semua aku yang buat(bagusnye meol nie, HAHA!) mula-mula ingat taknak kasi tahu parents aku pasal bela hamster ni takut diorang marah, baru je 2 hari aku bela dah terkantoi, mana taknye, aku letak je hamster ni dalam bilik aku, bapak aku pulak selalu masuk bilik aku sebab nak cas handphone dia, jadi terkantoi jugak, ingatkan kena marah lepas dah terkantoi tuu, tengok-tengok bapak aku pulak yang excited tengok aku bela ni, cuma bapak aku pelik la kenapa tiba-tiba aku nak bela binatang ni padahal kat rumah ni dah ada lebih 10 ekor kucing dah. Family aku semua terima dengan positif, maybe sebab hamster ni comel kot? cuba aku bela tikus mondok, confirm diorang suruh buang punya, tapi bodoh ke apa nak bela tikus mondok? HAHA!

Sebenarnya aku bela ni pun sebab bosan duduk kat rumah ni, rasa sunyi je, hari-hari mengadap laptop je, lama-lama rosak jugak laptop ni, macam-macam perubahan yang melanda dalam hidup menyebabkan aku inginkan sedikit perubahan untuk mengubah mood aku ni, macamlah hamster nie boleh bercakap & faham masalah aku. Tapi bila difikirkan balik dengan adanya hamster ni aku akan jadi lebih bertanggungjawab. Yelah kena sentiasa make sure makan minum dia cukup, tempat tinggal dia bersih.

Selain itu, (gune penanda wacana bhai! HAHA!) dapat jugak la aku hilangkan rasa bosan, sunyi, tension, geram, marah dan macam-macam lagi la bila tengok hamster ini bermain, memang aktif gila, lari sana sini, tapi lemah satu je, dia aktif waktu malam je, pagi dengan petang tidur buat air liur basi -.-"(ade ke air liur basi? :p). By the way, hamster aku ni sekor jantan & sekor lagi betina, baikkan aku bagi pasangan kat dorang ni? tak macam tuan dia, sorang je HAHA!(okay fine! aku tahu tak lawak -.-")

Dari aku beli sampai sekarang aku taktahu nak kasi nama apa kat dorang ni, aku fikir-fikir balik, kalau aku kasi nama pun, macam la dia faham, betul tak? HAHA, aku tak sabar nak tengok hamster aku ni ada anak, hamster jantan aku ni macam tak berapa aktif sangat pun, maybe dia mati pucuk tak? HAHA! pape la, sabar je laa, lama-lama nanti dapat la tuu, sabar tu separuh dari iman!

Okay, sebelum tu terima kasih kepada Zaid sebab banyak kasi support! nanti aku bayar hutang kau okay? kau relax je. Akhir kata, semoga hamster ni bahagia disamping tuan dia yang hodoh ni(haha aku mengaku la)

P.S :"Just treat them as part of your family. Not just give food or something else but they need your love & cares too." ayat ni sungguh membuatkan aku rasa lebih bertanggungjawab, dah macam ada anak dah!

Sunday, October 18, 2009

Kenali diriku yang hina :p

Kat bawah ni 98% tepat mengenai diri aku
berfikiran jauh & berwawasan
mudah ditawan kerana sikap baik
berperangai yg lemah lembut
mudah berubah sikap,perangai,idea dan mood
idea yg terlalu banyak dikepala
bersikap sensitif
otaknya aktif (sentiasa berfikir)
sukar melakukan sesuatu dgn segera
bersikap suka menangguh-nangguh
bersikap terlalu memilih & mahukan yg terbaik
cepat marah &cepat sejuk
suka bercakap & berdebat
suka buat lawak & bergurau
otaknya cerdas berangan-angan
mudah berkawan & pandai berkawan
org yg sangat tertib
pandai mempamerkan sikap
mudah kecil hati
mudah kena selsema
suka berkemas
cepat rasa bosan
sikap terlalu memilih & cerewet
kurang mempamerkan perasaan
lambat nak sembuh apabila terluka hati
suka kepada barang yang berjenama
kedegilan yg tidak terkawal


P/S : Ambil kat website ini http://ded1.net/bulanp.htm

Monday, October 5, 2009

Good Luck For SPM 2009

Hari jumaat yang lepas 2/10/2009 guru kelas kitorang buat kejutan kat kitorang sebab sebelum ni kitorang buat suprise birthday kat cikgu Norhayati mungkin cikgu nak balas balik kot. Pastu cikgu belanja kitorang makanan kantin,apa lagi kitorang pilih la apa yang kitorang suke,rezeki jangan ditolak bak kata aku. Haha, aku ngan meol pon pergi la minta order kat budak-budak kelas aku. Kebanyakannya order nasi lemak. Lepas cikgu dah beli nasi lemak aku ngan meol pergi la ambil nasi lemak tu kat bilik guru,tengok ade kek kat atas meja tu.pastu cikgu kate kek tu untuk kita semua. Baik betul la cikgu Norhayati ni, dah la belanja nasi lemak pastu belanja kek plak tu. Banyak juga duit cikgu ni. haha, sampai kat kelas je kitorang apa lagi party la!


kek ni la cikgu belanja kitorang, yummy!

setelah kenyang melantak makanan free!

suke dapat nasi lemak free!

Antara budak-budak 5D

P/S: Cerita ni dibuat oleh Naim, itu pasal la ayat tunggang-langgang, HAHAHA !

Honeydew<3


I Miss You Sayang :(

P/S: Ada maksud tersirat, jangan salah faham sudahh!