Tuesday, November 10, 2009

Sijil Pergi Mati(SPM)



P/S : Tak update sehingga SPM tamat!

Sunday, November 8, 2009

Rambut Idaman


Abang-abang 'Killing Me Inside' :D

P/S : Minat rambut diorang, nak buat la nanti lepas habis sekolah tetapi kena PLKN la pulak, kena botak (-____-")

Friday, November 6, 2009

Pengganti Baru

Hamster jantan yang baru

P/S : Tetapi hamster yang baru ni tidak selincah seperti arwah :(

Wednesday, November 4, 2009

Tag 5-5-5(By Cikgu Myvi)


"Sape Cikgu Myvi?"
"Cikgu Myvi pun kau tak kenal, Cikgu Yani la!"
-Terima kasih cikgu sebab tag saya, saya sangat terharu(ahh gedik :p)-

Nyatakan 5 fakta menarik tentang pemberi tag ini.

  • Beliau ni seorang cikgu baru Sekolah Menengah Kebangsaan Kelana Jaya
  • Cikgu ni baik orangnye, dah 2 kali kasi tumpang kereta myvi mase balik sekolah(lain kali kasi tumpang lagi ye cikgu, HAHA)
  • Cikgu ni dah bertunang sama itu abang redwan selama 1 bulan lebih lorr(bertunang baru, masih sempat kalau korang nak mengorat, HAHA)
  • Cikgu ni antara cikgu yang paling sempoi kat sekolah( tak percaye? lantak korang la :p)
  • Cikgu ni....ape yee? ohh yee, cikgu ni comel! (bodek bodek, nanti blanje saye makan okay cikgu! HAHAHA)
Nyatakan 5 fakta diri sendiri sebelum memilih penerima tag seterusnya.

  • Aku tak suka hisap rokok, kali terakhir hisap mase darjah 2, siap hisap kat sekolah lagi, waktu tu aku nakal sangat, lepas tu aku tak sentuh langsung dah sampai sekarang
  • Aku suka tengok bulan pada waktu malam, bila tengok bulan, buat aku rasa sangat tenang
  • Aku suka buang masa lepak dalam bilik sorang sorang
  • Aku suka muzik yang keras dan bising
  • Aku ni seorang anak yang manja, standard la anak bongsu :)
Nyatakan 5 hobi diri sendiri sebelum memilih penerima tag seterusnya.

  • Tengok tv
  • Bermain dengan hamster
  • Keluar lepak dengan kawan-kawan
  • Berfacebook,berblogging & bermyspace
  • Dengar lagu pasang kuat-kuat sampai bilik bergegar

5 orang penerima tag yang seterusnya.

  • Sesiapa
  • yang
  • nak
  • buat
  • silalah!

Sunday, November 1, 2009

ohhh tidakkk !


selamat tinggal teman!

Pukul 6.28 petang, semasa berada di One Utama bersama kawan-kawan tiba-tiba aku mendapat panggilan dari ayahanda mengatakan bahawa hamster jantan aku telah mati, ohh damn! agak terkejut + terkilan rasanya, ayah aku cakap "adik, hamster jantan adik dah mati, entah siapa tak tutup rapat sangkar, dia lari keluar dari sangkar lepas tu kena gigit dengan kucing"

Aduhhh! aku malas nak salahkan sesiapa, perkara dah jadi bukan boleh patah balik, sedih ohh :'( pagi tadi baru je lepas bermain dengan arwah -___-

Nampaknya kena cari pasangan baru untuk betina, kesian dia, kekasih dia sudah pergi awal, takpe takpe, nanti aku cari pasangan yang lebih kacak! hehe! aku cakap macam ni tiba-tiba teringat lirik lagu pakai buang, "Cinta ku bukannya jenis pakai buang" aduhai -___-

P/S : Tak sampai sebulan sekor dah mati, tak patut tak patut!