Ahhhh! cuti-cuti nie memang membosankan, duit memanjang takde, duduk rumah tidur, online, tengok tv, berak je laa tiap-tiap hari, lebih baik sekolah, dapat wang saku tiap-tiap hari, grrrr -_______-"
P/S : Dah try carik keje, tapi tak dapat-dapat, ada sesape buleh beri saye keje? -____O
Bukan main pantas lagi anak-anak hamster aku nie membesar, sedar tak sedar dah 32 hari umur diorang nie, diorang nie anak kepada 'sayang' usha gambar kat sebelah nie ---> nama 'sayang' nie mak aku yang kasi memandangkan aku tak kasi kasi name lagi, last last mak aku yang bagi, aku pun ambik je laa ape aku kisahh, HAHA
kat bawah nie antara gambar dari baru lahir sampai la skrang , mari lihat! ;)
Yang nie baru sehari dilahirkan
Yang nie pulak setelah 2 minggu
GAMBAR SEKARANG/SETELAH SEBULAN
MORPHY : FEMALE MIKE : MALE BLACK : MALE
P/S : Klik pada gambar untuk memuaskan nafsu anda! Comel-comel bukan? tengok tuan die la! HAHA
pejam celik pejam celik dah nak habis SPM, cepat betul masa berlalu, rasa macam baru nak ambik UPSR, tak lama lagi dah tak jejak lagi kaki kat sekolah, mesti aku akan rasa sedih dan rindu, alangkah seronoknya dapat kembali pada masa lalu, tak lama lagi kawan berkurangan la nampaknya, semua kehaluan masing-masing, ada yang berkerja, ada yang belajar, ada juga kawan yang pindah rumah, suasana tak sama seperti disekolah, tiap-tiap hari ada saja kawan-kawan, gelak ketawa suka duka, mungkin selepas ni takde lagi rasa begini :(
Nyatakan 5 fakta diri sendiri sebelum memilih penerima tag seterusnya.
Aku tak suka hisap rokok, kali terakhir hisap mase darjah 2, siap hisap kat sekolah lagi, waktu tu aku nakal sangat, lepas tu aku tak sentuh langsung dah sampai sekarang
Aku suka tengok bulan pada waktu malam, bila tengok bulan, buat aku rasa sangat tenang
Aku suka buang masa lepak dalam bilik sorang sorang
Aku suka muzik yang keras dan bising
Aku ni seorang anak yang manja, standard la anak bongsu :)
Nyatakan 5 hobi diri sendiri sebelum memilih penerima tag seterusnya.
Tengok tv
Bermain dengan hamster
Keluar lepak dengan kawan-kawan
Berfacebook,berblogging & bermyspace
Dengar lagu pasang kuat-kuat sampai bilik bergegar
Pukul 6.28 petang, semasa berada di One Utama bersama kawan-kawan tiba-tiba aku mendapat panggilan dari ayahanda mengatakan bahawa hamster jantan aku telah mati, ohh damn! agak terkejut + terkilan rasanya, ayah aku cakap "adik, hamster jantan adik dah mati, entah siapa tak tutup rapat sangkar, dia lari keluar dari sangkar lepas tu kena gigit dengan kucing"
Aduhhh! aku malas nak salahkan sesiapa, perkara dah jadi bukan boleh patah balik, sedih ohh :'( pagi tadi baru je lepas bermain dengan arwah -___-
Nampaknya kena cari pasangan baru untuk betina, kesian dia, kekasih dia sudah pergi awal, takpe takpe, nanti aku cari pasangan yang lebih kacak! hehe! aku cakap macam ni tiba-tiba teringat lirik lagu pakai buang, "Cinta ku bukannya jenis pakai buang" aduhai -___-
P/S : Tak sampai sebulan sekor dah mati, tak patut tak patut!
"ehh kau bela cencurut ye?" "Cencurut? ini hamster laa -.-"
Baru nak masuk 2 minggu aku bela binatang ni, ramai kawan-kawan aku terkejut dengar aku bela(bela hamster pun korang nak terkejut mcm la aku bela ular HAHA!), aku bela dengan sendirinye, makan, minum & cuci sangkar semua aku yang buat(bagusnye meol nie, HAHA!) mula-mula ingat taknak kasi tahu parents aku pasal bela hamster ni takut diorang marah, baru je 2 hari aku bela dah terkantoi, mana taknye, aku letak je hamster ni dalam bilik aku, bapak aku pulak selalu masuk bilik aku sebab nak cas handphone dia, jadi terkantoi jugak, ingatkan kena marah lepas dah terkantoi tuu, tengok-tengok bapak aku pulak yang excited tengok aku bela ni, cuma bapak aku pelik la kenapa tiba-tiba aku nak bela binatang ni padahal kat rumah ni dah ada lebih 10 ekor kucing dah. Family aku semua terima dengan positif, maybe sebab hamster ni comel kot? cuba aku bela tikus mondok, confirm diorang suruh buang punya, tapi bodoh ke apa nak bela tikus mondok? HAHA!
Sebenarnya aku bela ni pun sebab bosan duduk kat rumah ni, rasa sunyi je, hari-hari mengadap laptop je, lama-lama rosak jugak laptop ni, macam-macam perubahan yang melanda dalam hidup menyebabkan aku inginkan sedikit perubahan untuk mengubah mood aku ni, macamlah hamster nie boleh bercakap & faham masalah aku. Tapi bila difikirkan balik dengan adanya hamster ni aku akan jadi lebih bertanggungjawab. Yelah kena sentiasa make sure makan minum dia cukup, tempat tinggal dia bersih.
Selain itu, (gune penanda wacana bhai! HAHA!) dapat jugak la aku hilangkan rasa bosan, sunyi, tension, geram, marah dan macam-macam lagi la bila tengok hamster ini bermain, memang aktif gila, lari sana sini, tapi lemah satu je, dia aktif waktu malam je, pagi dengan petang tidur buat air liur basi -.-"(ade ke air liur basi? :p). By the way, hamster aku ni sekor jantan & sekor lagi betina, baikkan aku bagi pasangan kat dorang ni? tak macam tuan dia, sorang je HAHA!(okay fine! aku tahu tak lawak -.-")
Dari aku beli sampai sekarang aku taktahu nak kasi nama apa kat dorang ni, aku fikir-fikir balik, kalau aku kasi nama pun, macam la dia faham, betul tak? HAHA, aku tak sabar nak tengok hamster aku ni ada anak, hamster jantan aku ni macam tak berapa aktif sangat pun, maybe dia mati pucuk tak? HAHA! pape la, sabar je laa, lama-lama nanti dapat la tuu, sabar tu separuh dari iman!
Okay, sebelum tu terima kasih kepada Zaid sebab banyak kasi support! nanti aku bayar hutang kau okay? kau relax je. Akhir kata, semoga hamster ni bahagia disamping tuan dia yang hodoh ni(haha aku mengaku la)
P.S :"Just treat them as part of your family. Not just give food or something else but they need your love & cares too." ayat ni sungguh membuatkan aku rasa lebih bertanggungjawab, dah macam ada anak dah!
Kat bawah ni 98% tepat mengenai diri aku berfikiran jauh & berwawasan mudah ditawan kerana sikap baik berperangai yg lemah lembut mudah berubah sikap,perangai,idea dan mood idea yg terlalu banyak dikepala bersikap sensitif otaknya aktif (sentiasa berfikir) sukar melakukan sesuatu dgn segera bersikap suka menangguh-nangguh bersikap terlalu memilih & mahukan yg terbaik cepat marah &cepat sejuk suka bercakap & berdebat suka buat lawak & bergurau otaknya cerdas berangan-angan mudah berkawan & pandai berkawan org yg sangat tertib pandai mempamerkan sikap mudah kecil hati mudah kena selsema suka berkemas cepat rasa bosan sikap terlalu memilih & cerewet kurang mempamerkan perasaan lambat nak sembuh apabila terluka hati suka kepada barang yang berjenama kedegilan yg tidak terkawal
Hari jumaat yang lepas 2/10/2009 guru kelas kitorang buat kejutan kat kitorang sebab sebelum ni kitorang buat suprise birthday kat cikgu Norhayati mungkin cikgu nak balas balik kot. Pastu cikgu belanja kitorang makanan kantin,apa lagi kitorang pilih la apa yang kitorang suke,rezeki jangan ditolak bak kata aku. Haha, aku ngan meol pon pergi la minta order kat budak-budak kelas aku. Kebanyakannya order nasi lemak. Lepas cikgu dah beli nasi lemak aku ngan meol pergi la ambil nasi lemak tu kat bilik guru,tengok ade kek kat atas meja tu.pastu cikgu kate kek tu untuk kita semua. Baik betul la cikgu Norhayati ni, dah la belanja nasi lemak pastu belanja kek plak tu. Banyak juga duit cikgu ni. haha, sampai kat kelas je kitorang apa lagi party la!
kek ni la cikgu belanja kitorang, yummy!
setelah kenyang melantak makanan free!
suke dapat nasi lemak free!
Antara budak-budak 5D
P/S: Cerita ni dibuat oleh Naim, itu pasal la ayat tunggang-langgang, HAHAHA !
Puas gila aku tidur hari ni, balik sekolah tengok tv, online Myspace dengan Facebook kejap pastu dalam pukul 4 aku terus tidur! sedar-sedar tengok jam dah pukul 2pagi, terkejut beruk aku, solat asar dengan maghrib pun aku tertinggal! aduhai -__-" , lepas tu terus tak boleh tidur, nasib baik bukak-bukak tv ada bola(UEFA), takde la bosan sangat! Lepas habis bola, terasa kelaparan pula, dah la takde makanan, jadi aku minum air je la, kesiankan? HAHA. Sambil menahan kelaparan ni aku pun layan internet search image kat google, macam-macam la aku search dari bahan positive ke negative! HAHA, masa tengah bosan taktahu nak buat apa tiba-tiba teringat pasal surat khabar metro semalam, aku tengok kat bahagian mana entah, sumpah terbeliak biji mata tengok satu kereta ni, jadi pun aku search la kat google aku taip volkswagen golf gti mk6! memang terbaik kereta ni! alangkah seronoknya dapat kereta ni! memang aku happy tahap tak ingat dunia punya la kalau dapat kereta ni!(kau jangan berangan la sial!,HAHA)
Suka hati aku la! kerek pulak aku ni HAHA, aku nak jual sebab saiz ni kecil, sakit kaki aku pakai.
2. Dah tahu kecil pahal kau beli juga?!
Aduhh! panjang cerita dia! macam ni mula-mula aku memang dah beli saiz besar plus memang dah sedap pakai, tapi aku ambil kasut yang all black(click here), sampai je kat rumah, aku pun cuba la matchkan kasut tu dengan koleksi seluar yang aku ada, ternyata semua tak padan sebab kasut tu semua hitam jadi nampak kurang sesuai laa, esok harinya aku pergi lagi sekali mintak tukar kasut, aku nak ambik yang macam dalam gambar kat atas ni la tapak die putih, baru nampak sesuai sikit, tapi abang yang jaga tu kata "tak boleh tukar kasut la dik", "kalau nak tukar jugak kena ambik saiz lain, saiz sama takblehh" bengang je (-__-), jadi aku ambil la saiz kecil sikit, saiz US7 UK6.
3.Berapa kau nak jual?
Harga kat kedai RM230, aku kasi jualRM200 je la, aku baru je pakai sekali, tu pun keluar pergi KL, sekejap je aku pakai, lepas tu aku cari kedai 5Ringgit, aku beli seliper kat situ, kasut tu aku simpan kat dalam beg, nak menangis aku pakai kasut tuu (-____-)
4.Tak boleh kurang lagi ke?
Boleh kot! aku boleh bagi RM190 tapi aku tibai beg dengan kotak okay! HAHA!
5.Macam mana nak contact kau?
Nahh ambik number ni! 0123410064, ini bukan number aku, number aku sudah tak boleh pakai! yang ni number kawan aku, nama beliau Ikhwan a.k.a Darrwin, korang boleh la cakap dengan dia, dia agen jual kasut aku ni, HAHA! kalau boleh terus call ye, mudah sikit, jangan gatal-gatal nak berkenalan pulak! HAHA!
Taking this opportunity to wish everyone Selamat Hari Raya Aidil Fitri, and mohon maaf zahir dan batin. Ampunkan segala yang tersalah cakap, terkasar bahasa, dan halal kan yang termakan dan terminum.
Berikut adalah beberapa perkara yang membuat aku berasa "tak faham" dalam hidup aku.
-Aku tak faham betul bila seseorang sahabat baik boleh bergaduh hanya kerana satu sebab yang bodoh iaitu kerana perempuan .
-Aku tak faham betul bila orang naik kereta/motor bila masuk simpang tak reti beri signal.
-Aku tak faham betul bila cikgu yang mengajar kat sekolah pun berperangai seperti murid, salah satunya suka masuk kelas lambat.
-Aku tak faham betul bila budak form 5 berperangai seperti budak baru darjah 5.
-Aku tak faham betul bila seseorang itu buat lawak bodoh tetapi masih ada orang ketawa.
-Aku tak faham betul kenapa aku takut sangat dengan anjing -__-"
-Aku tak faham betul kenapa aku geli sangat bila melihat katak.
-Aku tak faham betul bila ada orang yang sanggup berhabis duit untuk undi peserta kegemaran Akademi Fantasia, Mentor dan rancangan yang sewaktu dengannya.
-Aku tak faham betul bila seseorang itu sanggup bunuh diri.(Tak takut Tuhan ke?!)
-Aku tak faham betul bila seseorang itu menangis kerana terlalu gembira.(Aku ingatkan orang sedih je yang menangis)
-Aku tak faham betul bila seseorang itu sanggup pentingkan awek dari pelajaran.
-Aku tak faham betul bila seseorang mempunyai handphone yang canggih tetapi tidak mempunyai kredit.
-Aku tak faham betul kenapa hidup ini penuh dengan ujian.
-Aku tak faham betul bila seseorang itu sudah mempunyai awek yang setia + cun tapi masih mengatal mencari awek lain.
-Aku tak faham betul kenapa aku terpilih menyertai PLKN .
-Aku tak faham betul kenapa ada orang yang bercinta dengan sesama jenis.(Tak geli ke?!)
-Aku tak faham betul kenapa korang baca aku punya blog.(HAHAHA)
P/S : Aku pun tak faham kenapa aku tak faham. HAHA.
This broken heart is gonna tell you how I feel My life seems to be nothing without you There's nothing can makes me fall There's nothing but your love Through the way you treat and care I've hungered for your love
And in the silence, I say, I need you so
Hold you hand is all I wanna do I'll be waiting here for you Kiss your lips is all I wanna do I'll be waiting here for you
And in the silence, I lie on my bed Waiting for someone who has the only cure I keep on waiting, I'm bleeding, but no one knows About these feelings, that's why I need you so
There's nothing can makes me fall There's nothing but your love Through the way you treat and care I've hungered for your love
And in the silence, I say, I need you so!
Hold you hand is all I wanna do I'll be waiting here for you Kiss your lips is all I wanna do I'll be waiting here for you
And all these feelings reminds me To all the moments we shared And all these feeling reminds me To all the pain
Growl! And now, it's my confessions! And in the silence, I lie on my bed Waiting for someone, Who has the only cure I keep on waiting, I'm Bleeding, But no one knows About these feelings, That's why I need you so
There's nothing can makes me fall There's nothing but your love Through the way you treat and care I've hungered for your love
And in the silence, I say, I need you so
Hold you hand is all I wanna do I'll be waiting here for you Kiss your lips is all I wanna do I'll be waiting here for you