Sunday, December 26, 2010

Siapa doh?


Dalam kepala otak saya sering terfikir.

Umur aku dah nak masuk 19 dah, makin lama makin tua tapi sampai sekarang aku taktahu siapa cipta bahasa melayu ni, kenapa orang panggil lembu tu lembu? kenapa tak kucing? Inggeris pun sama, siapa cipta? macam mana bahasa tercipta? grrr nampak sangat aku jalil pasal ni -.-"

P/S: Kalau korang tahu, nanti jumpe aku bagi ah tahu, tak baik kedekut ilmu tau! xD

Tuesday, December 21, 2010

Revolusi

Boot murah je bero.

Makin berusia ni makin lopek rasa diri ni main bolasepak ni, boot pun aku beli murah, dulu masa zaman sekolah dulu boot sampai beratus-ratus, sekarang puluh je :)

P/S: Entah kenapa rasa aku budak-budak main lagi gempak sekarang

Friday, December 10, 2010

Bulan 2 oh bulan 2!


cantek!

Apa yang aku usha kat page myspace miss may i ni, dorang datang 9 februari ni, tak silap aku, aku tengah final exam kot, memang babi! tapi yang takboleh bla, asal buat kat one cafe doh? kecik nak mampus ah, dah confirm2 budak-budak sekolah yang akan menyandinkan tempat sana, aduhh korang ni! -.-"

P/S: Harap-harap aku takde hal la waktu ni.

Monday, December 6, 2010

miaww!

Thanks sayang

Thanks for this sweet kitty, love you so much! :)

P/S: 5/12/2010 tarikh yang terbaik en awak? :)

Friday, November 26, 2010

Belagak cool

nampak happy padahal...

Malas aku nak ingatkan balik kejadiaan 'lahanat' ni, ini cukup menyedihkan, ya, sangat menyedihkan!

P/S: Aku suka belagak cool tapi padahal hmmm.

Situasi Manis & Masam


Boleh dikatakan 'double face'

Aku yakin kebanyakkan orang pernah mengalami situasi yang boleh aku katakan agak 'celaka'

apa yang cuba aku maksudkan?

okay, aku bagi contoh, antaranya dalam percintaan:

MANIS: Dulu masa tengah hangat bercinta semua manis, even kadang-kadang kentut si kekasih pun boleh cakap wangi, semua la manis, yang si bf pun sanggup berhabis wang ringgit kat si gf ni, semua tak kisah, sanggup ikat perut tak makan semata-mata untuk si gf punya pasal.

MASAM: Bila dah kedua-dua kekasih ni sudah tak sehaluan, mula la dua-dua mengata itu ini, semua menjadi masam, mula mengungkit kisah dulu, sudah pasti yang si bf ni mula mengungkit apa saja yang telah diberi kat si gf ni.

Haaa, standard ah tu, bagi aku ni perkara biasa, mula-mula manis dan lepas tu masam :)

P/S: Ehh serius aku taknak perkara macam ni berlaku kat aku!

Tuesday, November 16, 2010

Photo Memories 2


*Tuan badan tiada dalam photo

Ni salah satu kenangan tak dapat dilupakan, kiteorang berlima(aku, chowder,majo, zaid & naem) berfunction di cherating, AWESOME TRIP GUYS!

P/S: Bila nak macam ni lagi geng? :D

Monday, November 15, 2010

Photo Memories 1


Kenangan berkerja menjadi cleaner :P

Ini salah satu photo yang mungkin aku tidak lupakan, yelaakan, firsttime makan angin ke luar negara tambahan pula berkerja disana, yeah! memang terbaik! ini photo kenangan semasa jaga stadium di sesuatu tempat di laos *maaf ye lupa nama stadium diorang -.-"
By the way, kerja aku disana senang je, scan tiket suzuki cup qualifying round 2010, dah la kerja senang lepas tu makan minum dengan kapal terbang semua disupport oleh suzuki, poket kosong pun boleh hidup! so kira berbaloi juga la pergi sana walaupun negara diorang ini bapak kuno + mundur.

P/S: Bulan 12 diorang kerja ke vietnam kot! malangnya aku tak dapat follow, study wei!

May Allah Bless you, Stranger!

Klik untuk besar punye!

Bak kata mira dengan lubna, 'takde life' betul bila main omegle ni, apa aku kisah? 3-4 pagi aku taktahu buat benda aku cari la awek kat omegle ni, HAHAHA!
Tengah mencari punya cari entah macam mana boleh jumpa awek kat negara sendiri, wahh! memang best la! tak payah nak speaking-speaking semua ni, hihihi *gelak gedik.
Kiteorang pun borak la, sejam 2jam macam tu sampai subuh kot, dia ni actually ada penyakit curvature of a spine, penyakit ni tulang belakang dia bengkok, so 25november ni dia akan buat operation, dia kata nak chill dulu, taknak fikir semua tu sebab dia risau sangat, memang best borak dengan budak 16tahun ni, hehe, aku ber-omegle ni pun sekejap je sebab aku ada kelas pagi tu, so kiteorang pun stop bermanja-manja, ecece xD apa pun aku tak dapat apa-apa dari dia ni, macam facebook, msn, ym dan pelbagai ah sebab dia taknak orang tahu yang dia sakit, nama dia pun aku taktau, betul-betul private doh! haa takpelah! :D

P/S: Wa doakan lu selamat dan panjang umur wahai stranger!

Sunday, November 14, 2010

Kamonla! dulu dengan sekarang lain!

*Gambo ni takdo motif punn.

Aku rimas betul la orang yang lebih berusia atau 'orang tua' menegur cara pemakaian budak muda sekarang , ni selalu berlaku dekat aku, contohnya aku pakai seluar skinny bila keluar berjalan lepas tu aku ditegur oleh orang tua, "eh apa pakai seluar ketat macam ni, selese ka?" aku bukan apa, macam la orang tua ni masa muda-muda tak reti ikut trend kot? aku tengok gambar masa dia budak-budak lagi la melampau, seluar besar sampai tutup kasut dan jalan, selese ka?

P/S: Aku bkn seorang yg takbleh terime teguran tapi b4 tegur tu cermin diri tu dulu :)

Tuesday, November 9, 2010

Dop Ne Lek Der!

*Dop Ne Lek Der - Hidup kene relek brader!*

Atau dengan kata lain 'lek lu sap kok lu'

Dalam dunia ni pelbagai perangai dengan sikap manusia kita boleh jumpa en? semua berbeza-beza, ada macam tu ada macam ni, ada baik ada jahat, tipu la en jika kat dunia ni semua perangai manusia baik-baik, betul tak? mesti ada serong punyalah! Ada jugak perangai orang talam 2 muka, depan nampak baik, bila belakang macam barua, contoh yang pernah aku nampak depan mata aku sendiri, ada seorang pakcik tua ni selalu pakai songkok dan selalu pegi ke masjid tapi bila kat rumah duduk sorang-sorang layan filem blue! pehh! gila @#$%^&

P/S: Kann best dunia ni semua manusia relekk je, aman sentosa wei!

Monday, November 8, 2010

Awww!

Stephen Jerzak VS Christofer Drew

Search google taip name dorang, mesti korang suke especially pompuan, oh damn! aku bukan gay sial! cume minat style dorang je! serius ni! xD

P/S: Justin Bibir tak minat pulak? eh tak tak tak tak!

Saturday, October 16, 2010

Sayang.


Sayang, maaf ye sebab kita ni tak hensem
Sayang, maaf ye sebab kita ni tak bijak
Sayang, maaf ye sebab kita ni tak ada apa yang awak nak
Sayang, maaf ye sebab kita ni tak romantik
Sayang, maaf ye sebab kita ni tak reti jaga perasaan awak
Sayang, maaf ye sebab kita ni tak faham awak
Sayang, maaf ye sebab kita ni tak gentle
Sayang, maaf ye sebab kita ni tak kaya
Sayang, maaf ye sebab kita ni tak sempurna
Sayang, maaf ye sebab kita ni membosankan
Sayang, maaf ye sebab kita ni jahat
Sayang, maaf ye sebab kita ni selalu tipu awak
Sayang, maaf ye sebab kita ni selalu buat lawak bodoh
Sayang, maaf ye sebab kita ni selekeh
Sayang, maaf ye sebab kita ni selalu bad mood dengan awak

Sayang, maaf ye? :')

P/S: Maaf ye entry ni agak 'annoying' sikit :)

Thursday, October 14, 2010

Mimpi Buruk!


cilake! hati aku tak tenteram! :(

Korang percaya tak pada mimpi? baru-baru ni aku bermimpi pasal gigi aku patah, tak pernah sebelum ni aku dapat mimpi macam ni, so, aku pun tanya kawan aku, kawan aku cakap "tu mungkin ada orang rapat kau akan meninggal dunia" ciss! aku terus tak sedap hati, balik-balik rumah terus aku search google, rupa-rupanya betul, serius aku rasa tak sedap hati sekarang, takut sangat! tapi aku cuba kuatkan diri aku, mungkin tu hanyalah mainan tidur takpun mainan syaitan, fuhh!

P/S: Aku cuma berdoa tak ada pape yg berlaku pada aku dan orang2 yg aku sayang :)

Saturday, October 9, 2010

Thanks Bro!


Thanks to my big brother sbb bagi ni!

koleksi spek gua makin bertambah!

Yeah! thanks abang, bagi cermin mata original rayban kat adik tersayang! firsttime kot ada cermin mata original, yess! senyum sikit! :) :) :)

P/S: Ade byk-byk pun, aku bukan selalu pakai pun! bodohkan? heheh xD

Thursday, October 7, 2010

Awek Ukraine.


klik untuk memuaskan nafsu anda!


Serius awek ukraine ni best gila borak dengan diorang, pastu ada webcam lagi tu, kiteorang main bedal je speaking english sampai mengarut habis, awek ukraine ni pun english broken jugak, aku ingatkan diorang pandai , bhaha! asalkan dua dua faham sudah, ya tak? yang paling gempak diorang lukis gambar kiteorang, fewitt! confirm diorang tunjuk gambar kiteorang kat kengkawan diorang, popular la aku dengan naim gamaknye lepas ni kat ukraine xD

P/S: Pehh! macam-macam awek orang putih dah layan, england, maryland, germany, dan banyak lagi :P

Sunday, October 3, 2010

Menarik!


Reben atau dlm bahase inggeris die Ray Ban :P

P/S: Sebenarnya aku nak update bende lain xD

Tengok Buku.

Style er?

http://lookbook.nu/- yeahh, ni website yang akan aku bukak bila bosan, website ni penuh dengan fashion-fashion terkini, kepada awek-awek mesti suka website ni, aku minat fashion? ehh tak ah! aku suka usha model-model die, comel lote wok! HAHA!

P/S: Aku tengok kebanyakkan model laki die mcm gay doh :P

Friday, October 1, 2010

Hairstyle.Fewitt!

GRRR!

Pepagi buta wa kebosanan saje je search kat google 'hairstyle' antara beribu-ribu gambar sebahagian ni je menarik nafsu wa, awww! gahaha!

P/S: Babi ah! mengancam sial rambut awek awek ni, geremm je O.OV

Kugiran Hari Untuk Mengingati

A Day To Remember(Pop Punk/Hardcore)

Seriously aku batak gila dengan band ni, hari-hari dengar lagu dorang, poster pun tampal kat bilik, wallpaper pun tarok kat lappy ni, wallpaper henset pun same yang ni jangan percaya, wallpaper henset tarok gambar kekasih hatiku dida :P

P/S: Selalu dengar bosanla nanti, kan? :D

Thursday, September 30, 2010

Cair


entah kenapa aku cair gilaa tengok si dia ni x)

P/S: Cair lagi aku tengok awek aku, eheheh xD

Wednesday, September 22, 2010

Aku.


Panas & Sejuk


Aku ni seorang yang cepat panas hati dan jugak sejuk hati :)

P/S: Paham enggak? maksudnya aku ni senang dipujuk, eheh xD

Tuesday, September 21, 2010

Makan Hati

*Baca entry ini dgn tanpa rasa kesian ye sbb aku pun tak kesian kat diri aku *

makan dalam,makan hati & makan roticanai

Petang tadi ayah aku call, aku tak jawap sebab aku langsung tak perasan, sebab pagi tadi ayah aku suruh aku bank-in duit dia kat CIMB, aku bukan lupa, aku memang nak pegi bank-in tapi malam la, bank atm tutup pukul 12malam kot, so aku saja malas nak bank-in awal-awal, okay, kembali kepada tak jawap call tadi, aku memang tak perasan, mana taknye, handphone aku letak kat dalam bilik kat tingkat atas, aku pulak ada kat bawah tengok tv yang dipasang kuat oleh mak aku, memang tak perasan, dah beberapa kali ayah aku call, aku tak jawap, dia naik angin, dia call kakak aku, so kakak aku cakap kat aku, "wei abah call la, kau call dia balik" jadi aku pun naik atas usha handphone buruk aku ni, tengok ada 4missedcall, aku pun call la balik, tutt tut tutt, ayah aku pun angkat phone, nak tahu dia cakap apa? ini diaa dengan nada marah

Ayah: "Ah! ingatkan kau dah mati tadi".
Anak: "Err handphone kat atas, tak dengar"

*Dipendekkan cerita*

Ayah: "Kau dah bank-in ke belum?"
Anak: "Belum, kejap lagi la"
Ayah: "Aku meluat betul la dengan kau ni"
Anak: "Haa?(blur) oh okay"
Ayah: "Apa okay okay? ada anak pun tak guna la"
Anak: :(Terdiam)
Ayah: -Letak talipon-

"Ah! ingatkan kau dah mati tadi"
"Ada anak pun tak guna la"

Ayat kat atas ni membuatkan aku, hmmm, taktau nak cakap apa dah.

P/S: Aku ni seorang yg senang sensitif tapi aku taksuka tunjuk.

Thursday, September 9, 2010

Mari Bersalaman!


Macam ni ye cara salam yang betul :P

Saya dengan bangganya ingin mengucapkan selamat hari raya kepada sesiapa sahaja yang membaca blog aku ni. Semoga bahagia disisi yang tersayang dan panjang umur! Maaf yee kalau saya ada buat silap atau salah ke kepada anda sekeluarga, harap dimaafkan, kosong-kosong :)

P/S: Hari raya ni juga tepat hari lahir bondaku yang tersayang :)

Monday, September 6, 2010

Raya & Kampung.


Bestkan kalau ade kampung begini :l

Kalau raya sudah pasti ramai balik ke kampung, pehhh! rasa kejelesan diri ini, selama 18tahun aku hidup ni aku tak pernah ada kampung, dengar cerita kawan-kawan kampung diorang ada sawah la, dusun la, air terjun, pehh! tambah lagi kejelesan -__- gila teringin la sial nak mengalami suasana kampung, best ke? kalau hari raya je mesti ramai balik kampung tapi orang macam aku ni ada je duduk terperap kat rumah, duduk rumah selalu pun 'cannot go ah!' Nak buat macam manaa, mak ayah aku orang KL, redha je laa ;)

P/S: Takpe takpe! nanti aku nak kawin dgn orang kampung ah! :P

Monday, August 23, 2010

Lu Apa Masalah Mat?!


Aku tak tahu apa masalah dengan mamat bernama yozs firdaus, aku tak pernah pun cari masalah dengan dia ni, sakit hati benda? yeay, dia ni budak sama-sama dengan PLKN aku, katil dia sebelah aku je, dia ni selalu gak cite pasal masalah dia, pasal awek dia la apa laa, tapi serius aku kadang-kadang macam terpaksa nak dengar, maklum laa, wa pun tade awek mase tu, hehe! sedia maklum, aku kat PLKN 2minggu je, memang tak lama, aku agak sombong sikit ah lepas kuar tak contact terus member-member kat dalam sana tu, yess! salah aku an? -- tapi apa masalah dia ni? "freaking bastard broke my heart there". Aku buat apa sial kat kau?? :O

"tell him he's a bastard. Super lol excuse"

rasa tak bersalah langsung dengan ayat manis kat atas nie -.-" takpe, aku malas nak ambil peduli pasal benda remeh temeh ni, asalkan aku bahagia sekarang.

P/S: Tak sangka aku ada musuh kat PLKN walaupun 2minggu, sundal polong betul -__-

Saturday, August 21, 2010

Byebye Sweetheart :'(


Asal laa baru kau nak sakit? :/
Sticker kesayanganku di badanmu :/

Nampaknya laptop aku ini dah sakit teruk, entah apa virus H1N1 yang masuk, terus sakit aku punya kekasih ni, laptop ni mungkin akan dijual kat sparepart laptop, lepas ni aku dah takde laptop dah laa, nak suruh abah beli baru macam segan je, hehe, laptop ni memang terbaik, byebye sayang! muah muahh!

P/S: 3Tahun wei pakai laptop ni, banyak kenangan bersama :P

Friday, August 20, 2010

Yahudi sana yahudi sini!

Sekarang yahudi berada dimana-mana je, kat rumah nenek hang pun ada!

Entry ni di upload menggunakan laptop jenama Dell.
Cilake!, Michael Dell ni Yahudi.

Software pakai microsoft ciptaan Bill Gate.
Cilake lagi!, Bill Gate pun Yahudi jugak.

Tab sebelah, gua on Facebook.
Facebook lagi la Yahudi.

Lagi satu hal..
Blogspot asalnya Evan Williams yang hasilkan
Tak larat nak men-celake dah, Evan Williams pun Yahudi.

Apa perlu kita buat sekarang? Nak boikot? MEREPEK! -,-"

P/S: Gua buat entry ni pun sambil makan mekdi, yumyum!

Wednesday, August 18, 2010

Respek sama lu mat!


P/S: Macam ni sekali dia buat kat mak diaa, gilaaa sweet!
THUMBS UP!

Saturday, July 31, 2010

Hidup.

Menyusahkan orang! PI LAA!

Kadangkala hidup aku ni banyak sangat menyusahkan orang terutama kedua ibubapaku. Aku selalu termenung memikirkan pergorbanan susah payah dorang, aku tahu abah banyak sangat habis duit untuk tengok anak-anak dia happpy, aku pula kadang-kadang rasa tak pernah bagi dorang happy, aku rasa tak berguna, 'useless', sekarang aku seorang pelajar kolej swasta, lagi la banyak nak kena pakai duit, dari mana datangnya duit tu? semestinya dari titik peluh abah, aku tak pandai,itu pasal swasta, kalau tak masuk kerajaan boleh la ringankan beban dia, hmm, insyaAllah kalau aku habis belajar, dapat kerja bagus, aku nak sangat beri kegembiraan apa saje kat dorang, harap-harap begitu laa, i love you abah & mama :')

P/S: Tulus dari hati yang benar-benar jernih.

Friday, July 30, 2010

Minat yang mendalam!

Wa minat betul dengan synthesizer ni!


P/S: Nampakk menarik oh, alangkah bestnye kalau aku kaya! :P

Target Shopping Raya!




Badger Malaysia-Damansara
Dolls Store-Bukit Bintang
Factory Outlet Store-One Utama
Zero Hour-Sunway Piramid
House-Kelana Jaya(ni maksudnye tak shopping la HAHA)

P/S: Belum puasa, belum pape lagi dah target dah, masalahnye duit ade ke?
-.-"

Saturday, June 12, 2010

Dunia Cawan



P/S: Aku support 2 negara nie! :D

Saturday, June 5, 2010

Style?


Fixie Bikes

P/S: Style tak kalau pegi study nanti naik basikal ni? badan pun sihat an? :P

Thursday, June 3, 2010

Mengidam kasut baru


Nike SB Stefan Janoski

P/S: Nak paw abah kasut ni la mase b'day nanti, tapi gaya macam tak berjaya je :/

Monday, May 31, 2010

No More Function!

It's time to study!

Tidak lama lagi takde la masa nak 'function' nak lepak lepak semua ni -.-

P/S: Gua rindu zaman memakai seluar hijau dulu :'(

Jeles ke cemburu? -.-


Saya manusia, itu pasal saya ada perasan jeles ;P

MEOL: Rase-rasenye ada tak manusia dalam dunia ni tiada perasaan seperti ni? Kalau ada confirm itu bukan manusia la! HAHAHA!

SOALAN: Ape cuba kau nak terangkan ni wahai meol? Blur aku tau!

MEOL: HAHA!, Gua sebenarnye jeles gitu melihat 2 orang manusia ni, terlalu rapat sangat, gelak ketawa, bergurau senda, semua ni buat gua down! tau tak?

SOALAN: Ye ke? mana aku tahu, diorang tu siapa?

MEOL: Mamat tu bername (B) dan minah ni bername (G)

SOALAN: Nama dorang pahal pelik sangat?

MEOL: Kepala otak kau! takkan aku nak sebut nama dorang kat sini, sini terlalu public!

SOALAN: Kalau ye pun, tak boleh nak cakap baik-baik ke bero?

MEOL: Okay, gua mintak maap sama lu!

SOALAN: Pahal kau nak jeles plak pasal 2 orang manusia tu?

MEOL: Aduhh! segan aku nak cite doh! macam ni, errr hmmm, takyah cite la boleh?

SOALAN: Dah tu, apa tujuan kau sebenar update blog kau ni?

MEOL: Saje je bosan, lagipun gua tengah bosan sekarang.

SOALAN : Apa la luu! kk gua mahu ciaox!

MEOL: Okay! semoga kau panjang umur! ciaox!

P/S: Takde keje! kepada mamat (B), lu ade awek buat mcm dah ade awek, jangan nak tibai awek orang, kalau nak jugak, errrr, ambik je laa, HAHAHA!

Minat Baru


Baseball Jersey!


P/S: Sekarang baru ada 2helai, biru dengan hitam, kalau boleh nak kumpul semua kaler :P

Monday, May 10, 2010

Fantasiku~~



Ku ingin terbang tinggi di awan dengan penuh rasa ketenangan.
Ku ingin berlari di atas pelangi dengan penuh rasa yakin.
Ku ingin kembali pada masa silam dengan penuh rasa kepuasan.
Ku ingin kau bersamaku disuasana romantik dengan penuh rasa bahagia.
Ku ingin bersendirian di sebuah istana yang besar dengan penuh rasa kegembiraan.

P/S: Macam biase, pagi-pagi buta ni aku suka merapu!