Friday, August 14, 2009

ish! aku tak faham betul!




Berikut adalah beberapa perkara yang membuat aku berasa "tak faham" dalam hidup aku.

-Aku tak faham betul bila seseorang sahabat baik boleh bergaduh hanya kerana satu sebab yang bodoh iaitu kerana perempuan .

-Aku tak faham betul bila orang naik kereta/motor bila masuk simpang tak reti beri signal.

-Aku tak faham betul bila cikgu yang mengajar kat sekolah pun berperangai seperti murid, salah satunya suka masuk kelas lambat.

-Aku tak faham betul bila budak form 5 berperangai seperti budak baru darjah 5.

-Aku tak faham betul bila seseorang itu buat lawak bodoh tetapi masih ada orang ketawa.

-Aku tak faham betul kenapa aku takut sangat dengan anjing -__-"

-Aku tak faham betul kenapa aku geli sangat bila melihat katak.

-Aku tak faham betul bila ada orang yang sanggup berhabis duit untuk undi peserta kegemaran Akademi Fantasia, Mentor dan rancangan yang sewaktu dengannya.

-Aku tak faham betul bila seseorang itu sanggup bunuh diri.(Tak takut Tuhan ke?!)

-Aku tak faham betul bila seseorang itu menangis kerana terlalu gembira.(Aku ingatkan orang sedih je yang menangis)

-Aku tak faham betul bila seseorang itu sanggup pentingkan awek dari pelajaran.

-Aku tak faham betul bila seseorang mempunyai handphone yang canggih tetapi tidak mempunyai kredit.

-Aku tak faham betul kenapa hidup ini penuh dengan ujian.

-Aku tak faham betul bila seseorang itu sudah mempunyai awek yang setia + cun tapi masih mengatal mencari awek lain.

-Aku tak faham betul kenapa aku terpilih menyertai PLKN .

-Aku tak faham betul kenapa ada orang yang bercinta dengan sesama jenis.(Tak geli ke?!)

-Aku tak faham betul kenapa korang baca aku punya blog.(HAHAHA)

P/S : Aku pun tak faham kenapa aku tak faham. HAHA.

0 Komen:

Post a Comment