Thursday, February 4, 2010

5 kenangan disekolah

Kena denda paling tak dapat dilupakan!

Pagi-pagi bila tengok budak-budak jalan pegi sekolah teringat masa zaman sekolah dulu, lepas tu senyum sorang-sorang macam orang gila, grrrrr sememangnya banyak perkara tak dapat dilupakan masa disekolah dulu! kat bawah antara senarai top 5 perkara yang menjadi sejarah!

-5 perkara tak dapat dilupakan semasa disekolah-

1) Kena nyanyi dalam ofis - Gahhh! yang ni paling tak dapat dilupakan! malu gila! masa perhimpunan kena nyanyi lagu negaraku, lagu selangor dan lagu sekolah. Aku dengan ngantuk pun malas nak menyanyi, berkhayal entah ke planet mana, entah macam mana pengetua nampak aku tak menyanyi, jadi dia panggil aku suruh aku menyanyi kuat-kuat dalam ofis, semua cikgu & kerani gelak kat aku, nyanyi sampai 3 kali, tak cukup dengan tu kena cubit pulak tu sebab lupa lirik, hahaha, memang susah nak lupakan.

2) Kantoi meniru dalam tandas - Waktu tuh tengah peperiksaan percubaan SPM, aku dengan sorang mamat ni memang dah rancang nak pegi tandas sama-sama, pastu kiteorang tirulah, dalam sedap salin jawapan dalam sehelai kertas tuh, tiba-tiba cikgu disiplin laju je masuk tandas, aku tengah sedap copy jawapan terkejut, nak tercabut jantung aku! dalam otak aku dah fikir yang markah aku dapat kosong, tapi entah macam mana entah cikgu ni baik semacam, dia saja buat buat tak nampak, dia cuma cakap, "buat apa tiru tiru ni?! masa SPM bukan boleh tiru pun", lepas tuh dia blaa pegi kantin, wahh pelik sungguh, dia tak ambik pape tindakan pun padahal dia tahu aku meniru.

3) Beri hadiah kepada si ehem ehem - Firsttime aku bagi hadiah kat perempuan, perghh! macam bodoh pun ada! gahahaha! waktu tu birthday sorang awek ni, aku memang dah siap beli hadiah seminggu sebelum birthday minah ni, siap balut semua dah, colour merah lagi, bajet romantik la konon! WTF! hahaha! kejadian berlaku kat busstop sekolah, aku dengan separuh gentle bagi walaupun tangan mengeletar bagi, okay, habis cite, malas nak cite pasal yang ni, memalukan betul! :p

4) Stapler buku cikgu - Perkara ni paling aku rasa serba salah sampai sekarang, cikgu ni ajar sains, dia ajar agak best cuma aku je yang malas nak belajar, waktu tengah belajar cikgu suruh semua murid-murid pegi kedepan sebab nak tunjuk dia buat sikit experiment, jadi semua kedepan, tengah semua leka tengok cikgu buat experiment, aku yang bosan ni pegi kat meja cikgu, aku pegi stapler buku cikgu tuh, dalam otak aku, biar cikgu tak payah ajar! jahat gila sial! hahahaha! lepas habis cikgu buat experiment tuh, cikgu pun nak ajar pakai buku tuh, so masa tengah selak selak buku dia, dia perasan, cikgu pun mengeluh la cakap "siape la stapler buku saya ni dengan nada yang sedih" aku waktu tu memang dah gelak tak ingat dunia punya, pastu ada member aku ni perasan aku gelak gelak, jadi dia ingat aku dajal dia sebab aku ni pembuat dajal number satu kat kelas! hahaha, so dia tanya aku "pahal kau gelak meol?" aku pun cakap "kau pegi kat meja cikgu kat depan tuh", dia pun pegi, tengah cikgu cuba bukak bullet kat buku dia tuh tiba-tiba mamat ni pandang muka pelik kat cikgu, cikgu pun tuduh la si mamat ni yang buat! hahaha!

5) Mewakili MSSD Petaling - Yeahh! aku terpilih mewakili mssd petaling dalam acara bola sepak padahal aku main bukan bagus mane pun, macam mana boleh dapat pun aku pelik, tapi cita-cita aku tak kesampaian nak mewakili mss selangor! takpelah, asalkan ada pengalaman cukuplah :)

P/S : Ada banyak lagi perkara yang tak dapat dilupakan, cuma yang ni je yang segar dalam ingatan ;)

0 Komen:

Post a Comment