Wednesday, June 17, 2009

Kawan Sejati



Kadang-Kadang aku tercari-cari siapakah kawan sejati aku ?
Adakah engkau wahai kawan ?
Aku ada ramai kawan , tetapi tak semua yang boleh pakai,
Ada yang kutuk dari belakang,
Ada yang kawan makan kawan,
Bila kita senang, Ada sahaja kepala kepala yang muncul,
Bila kita susah, Batang Hidung,Batang konek semua kita tidak nampak.
Dibawah ni aku nyatakan beberapa ciri-ciri kawan sejati.

Di antara ciri-ciri Kawan Sejati

:
  1. Insan yang paling dekat untuk kita luahkan perasaan suka dan duka.
  2. Insan yang memahami diri kita, perasaan & kehendak kita.
  3. Insan yang jujur & ikhlas melakukan sesuatu yang termampu & terbaik pada kita (contoh, membantu kita) tanpa syarat & mengharapkan balasan daripada kita.
  4. Insan yang membela & menutup aib/kesalahan/kesilapan kita pada orang lain tetapi pada masa yang sama menegur & menasihati kita di belakang mereka.
  5. Insan yang menerima diri kita samada baik & buruk tanpa sebarang syarat & alasan.
  6. Insan yang sanggup berkorban masa, tenaga, buah fikiran & wang ringgit demi kebahagiaan kita. Adakalanya sanggup menghadapi bahaya & menggadai nyawanya kerana kita.
  7. Insan yang jujur & sabar dalam menegur, menegah & menasihati kita daripada melakukan perkara2 yang buruk & yang dilarang oleh agama.
  8. Insan yang menjadi sumber inspirasi, peniup semangat & pemberi motivasi apabila kita kecewa, patah semangat & menyerah kalah.
  9. Insan yang dijadikan tempat untuk luahkan segala permasalahan hidup & perasaan kita.
  10. Insan yang boleh menyimpan rahsia kita & boleh dipercayai tanpa membocorkannya pada orang lain.
  11. Insan yang menjadi tempat bergurau senda, berhibur & bergelak ketawa bersama kita.
  12. Insan yang sentiasa menyokong, mengangkat esteem diri & pembakar semangat kita untuk terus berjaya dalam sesuatu aktiviti, bidang atau pekerjaan.
  13. Insan yang sedia mengajarkan ilmu, kemahiran & pengalamannya kepada kita tanpa sebarang syarat.
  14. Insan yang sanggup mempertahankan diri kita daripada dirosakkan oleh orang lain walaupun nyawa, harta benda & maruahnya akan menjadi taruhan.
  15. Insan yang sentiasa mendoakan kejayaan & kebahagiaan kita setiap kali selepas solat.
  16. Insan yang sentiasa mengingati & merindui kita. Sukar atau mustahil dapat melupakan kita sepanjang hidupnya.

P/S : Aku pun bukan seorang kawan yang baik tetapi aku akan cuba membaiki diri aku untuk jadi yang terbaik :)

0 Komen:

Post a Comment