Tuesday, June 16, 2009

Wakenabeb yang memilukan :(



Al-Kisah 3 orang sehabat yang nakal keluar kelas membeli air pada waktu belajar dijalankan,

akibat tekak terlalu haus mereka keluar kelas tanpa kebenaran guru yang sah(ponteng :p),
mereka pergi ke kantin untuk membeli air 30 sen untuk menghilangkan dahaga di tekak mereka.Sambil meminum air tersebut, mereka berjalan menuju ke tempat meletak motosikal berhampiran dengan dewan sekolah. Sedang leka minum air tersebut, tiba-tiba salah seorang daripada sahabat mereka ternampak serangkai kunci yang tergantung dimotosikal kawannya. Lalu salah seorang daripada sahabatnya mengambil kunci tersebut dan mereka bersepakat untuk melakukan sesuatu yang menyeronokkan.

Selepas itu, mereka membawa motosikal itu ke tempat letak kereta untuk menyembunyikannya dengan tujuan bergurau sahaja bagi menakutkan kawan mereka yang cuai akibat terlupa untuk mengambil kunci motosikalnya. Selesai sahaja menyembunyikannya, mereka bertiga digegarkan dengan satu suara guru displin yang mereka sangat takuti, lalu tanpa memikirkan apa-apa, mereka bertiga terus melarikan diri ke kelas.

Setelah tamat waktu persekolahan,mereka pergi ke tempat letak motosikal untuk melihat reaksi kawannya.Ternyata dia terkejut beruk apabila mendapati motosikalnya tiada di tempat yang di letaknya.Lantas,dia terus mencari motosikalnya akhirnya terjumpa juga.Walaupun motosikalnya berjaya ditemui tetapi dia tidak boleh menghidupkan motosikalnya kerana kunci berada di tangan 3 sahabat itu.Apabila dia menanyai 3 sahabat yang nakal itu mereka berpura-pura tidak tahu mengenainya(kononnye laa ;p)

Akibat terlalu runsing memikirkan hal tersebut, kawannya bertindak melepaskan geramnya dengan menyepak motosikalnya hingga jatuh ke tanah(kesian motor itu, hehe).Sebelum dia menendang motosikal itu, mereka berniat untuk memulangkan kuncinya semula,tetapi mereka TERKEJUT melihat tindakan kawannya itu.Mereka berfikir 1001 kali untuk memulangkannya kerana takut disepak seperti motosikal itu.Mereka tidak menduga yang perkara tersebut akan terjadi.

Setelah beberapa minit berlalu,kawannya berpura-pura kononnya ingin mencari kunci tersebut di dalam kelas, pada masa yang sama, mereka bertiga berbincang ingin membuat kejutan dengan meletakkan kunci tersebut di dalam penghidup motorsikalnya. Malangnya, daripada perbualan mereka bertiga, kawannya itu akhirnya mengetahui perkara tersebut hasil kebijaksanaannya mengintip dan mendengar perbualan mereka bertiga. Selepas itu, kawannya itu berkata "haaa! mcm aku tak nampak!" , kemudian tiga sahabat itu terkejut dan ketawa kerana kejutan mereka tidak berjaya. Apabila kawannya itu menuju ke arah mereka bertiga, kawannya itu membuat mimik muka yang sangat menakutkan sehingga menyebabkan mereka gementar.(pada mulanya ingatkan die tidak marah, sekali die mengamok daa).

Kawannya itu memarahi dan mengatakan bahawa siapakah yang mendajali dirinya dan mereka megakui kesalahan mereka.Setelah mereka mengakui kesalahannya,kawannya terus menghidupkan motosikalnya dan berlalu pergi begitu sahaja tanpa sempat mereka untuk meminta maaf. Mereka bertiga berasa amat bersalah kerana perbuatannya itu. Mereka bercadang untuk meminta maaf pada keesokkan harinya .

-TAMAT-

*BERGURAU BERTUKAR MENJADI KEMARAHAN :(
*CERITA INI 98% ADALAH KISAH BENAR
*CERITA INI DITAIP OLEH MN, WMZ & AF
*CERITA INI MENGAMBIL MASA SELAMA 2JAM SETENGAH

0 Komen:

Post a Comment